KP SPRM jangan tunduk pada tekanan, teruskan usaha perangi rasuah - Ketua Pasukan #RasuahBusters

Hantaran ringkas Hussamuddin di Facebooknya pada Khamis.
Hantaran ringkas Hussamuddin di Facebooknya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki diingatkan supaya tidak tunduk terhadap sebarang tekanan susulan kontroversi membabitkan dirinya ketika ini.

Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, setiap isu peribadi perlu ditangani melalui proses sah selari dengan kedudukan Malaysia yang berpegang kepada prinsip undang‑undang.

"Kita negara undang-undang, sementara kemelut peribadi diselesaikan secara undang-undang.

"KP SPRM jangan tunduk pada tekanan, teruskan usaha perangi rasuah habis-habisan," kata Penasihat Karangkraf itu menerusi hantaran ringkas di Facebooknya pada Khamis.

Kontroversi membabitkan Azam kembali mencuri tumpuan selepas Bloomberg melaporkan beliau memiliki 17.7 juta saham atau 1.7 peratus dalam Velocity Capital Berhad berdasarkan penyata tahunan syarikat pada 3 Februari tahun lalu.

Nama Azam dilaporkan masih tersenarai dalam daftar pemegang saham syarikat itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perkara tersebut didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024 yang menyatakan penjawat awam hanya boleh memegang saham dalam syarikat diperbadankan di Malaysia jika pegangan itu tidak melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau bernilai RM100,000 yang mana lebih rendah.

Susulan laporan yang turut mencetuskan desakan supaya beliau diberi cuti atau kontraknya ditamatkan, Azam pada Rabu tampil menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan laporan media berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad.

Artikel Berkaitan:

Azam dalam masa sama turut memaklumkan akan menyerahkan surat tuntutan kepada agensi media Bloomberg pada Khamis.

Ringkasan AI

  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki diingatkan supaya tidak tunduk terhadap tekanan susulan kontroversi yang membabitkan dirinya
  • Setiap isu peribadi harus ditangani secara sah sesuai dengan prinsip undang-undang Malaysia
  • Kontroversi Azam mencuat kembali setelah dilaporkan memegang 17.7 juta saham di Velocity Capital Berhad
  • Dilaporkan pemegangan saham Azam melebihi batas yang ditetapkan pekeliling kerajaan 2024 bagi penjawat awam
  • Azam menafikan mempunyai pegangan saham sejak tahun lalu dan akan menyerahkan surat tuntutan kepada Bloomberg

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!