Kapten England jalani pembedahan selepas muka terkena bola kriket

Ben Stokes
Ben Stokes
A
A
A

KAPTEN pasukan Test England, Ben Stokes mengesahkan beliau telah menjalani pembedahan yang berjaya selepas terkena bola kriket di muka.

Pemain serba boleh berusia 34 tahun itu minggu lalu memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan matanya bengkak teruk dan lebam, luka ringan di pipi dan bibir serta pembalut dimasukkan ke dalam hidung.

“Kamu patut lihat keadaan bola kriket itu,” tulisnya di kapsyen bersama emoji ketawa.

Pada Selasa, Stokes memuat naik lagi gambar dari hospital yang menunjukkan mukanya masih bengkak dengan kapsyen: “Mungkin nampak teruk, tetapi pembedahan berjaya.”

Stokes kembali ke England selepas kekalahan 4-1 dalam siri Ashes menentang Australia di Sydney bulan lalu.

Beliau masih berhasrat menjadi kapten pasukan red-ball, tetapi kedudukannya kini disemak Lembaga Kriket England dan Wales (ECB).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kapten pasukan Test England, Ben Stokes menjalani pembedahan yang berjaya selepas terkena bola kriket di muka
  • Stokes mengalami bengkak teruk dan lebam di muka
  • Gambar keadaannya selepas pembedahan dipost di Instagram dengan kapsyen menggambarkan keberhasilan pembedahan
  • Kembali ke England selepas kekalahan dalam siri Ashes menentang Australia
  • Masih berhasrat menjadi kapten walaupun kedudukannya sedang disemak oleh Lembaga Kriket England dan Wales

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!