Guardians of Legacy



SABAN tahun menjelang Tahun Baharu Cina, Kwai Chai Hong atau 'Lorong Hantu' dalam Kantonis, yang tidak jauh dari Jalan Petaling, Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan peminat seni yang tidak hanya dapat menikmati keindahan karya tetapi juga sejarah dan budaya kaum Tionghoa.
Tahun ini, venue yang satu ketika dulu hanyalah sebuah lorong belakang yang kotor dan terbiar mengangkat tema 'Guardians of Legacy'.
Mengambil inspirasi daripada 'cloth tiger', iaitu anak patung harimau diperbuat daripada kain, pameran itu sarat dengan tanglung berhias 12 ekor haiwan mewakili zodiak Cina.
Tanglung-tanglung berbentuk kotak pelbagai warna itu, dengan setiap satu menampilkan satu simbol haiwan, menyambut kedatangan pengunjung sebaik sahaja mereka melangkah ke atas Jambatan Merah ikonik Kwai Chai Hong. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
