Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok

Hamzah
Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin yang dijadual pada Khamis memandangkan beliau ketika ini berada di luar negara.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, Ahli Parlimen Larut kini berada di Sydney, Australia, untuk mengurusan pendaftaran anak perempuannya di universiti.

“Hamzah, yang sudah berada di luar negara, menerima notis pada 7 Februari dan segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa beliau tidak dapat hadir.

"Beliau juga memaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat (Johari Abdul) pada 4 Februari bahawa beliau tidak dapat menghadiri sesi Parlimen dari 5 hingga 13 Februari kerana urusan peribadi,” katanya menurut laporan portal berkenaan pada Rabu.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini dilaporkan dipanggil untuk membantu siasatan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan ketika perhimpunan agung tahunan parti berkenaan serta serangan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, bertarikh 6 Februari lalu, sebanyak empat aduan disiplin difailkan terhadap Hamzah, masing-masing bertarikh 30 September tahun lalu dan 5 Februari lalu.

Difahamkan, Lembaga Disiplin Bersatu juga telah memanggil sekurang-kurangnya enam pemimpin parti lain untuk hadir pada Khamis.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin kerana berada di luar negara
  • Beliau berada di Sydney, Australia untuk mengurusan pendaftaran anak perempuannya di universiti
  • Hamzah menerima notis pada 7 Februari dan telah memaklumkan ketidakmampuan hadir kepada Lembaga Disiplin
  • Beliau juga telah memaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat pada 4 Februari tentang ketidakmampuan hadir di sesi Parlimen dari 5 hingga 13 Februari
  • Dipanggil untuk membantu siasatan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan di perhimpunan agung tahunan parti serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!