Remaja 15 tahun mengaku rogol rakan perempuan

Seorang remaja mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun selepas dituduh di Mahkamah Majistret Kanak-kanak di Batu Gajah pada Rabu.
Seorang remaja mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun selepas dituduh di Mahkamah Majistret Kanak-kanak di Batu Gajah pada Rabu.
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khas Kanak-kanak di sini pada Rabu atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 15 tahun didakwa merogol mangsa di Taman Tuntung, Bota dalam daerah Perak Tengah jam 12 tengah hari pada 24 Disember 2025.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Ameerul Nazhif Wan Zulfikri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Canice Chan.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1,400 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Tarikh 11 Mac depan ditetapkan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan merogol
  • Tertuduh berusia 15 tahun, didakwa melakukan perbuatan di Taman Tuntung pada 24 Disember 2025
  • Tindakan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan
  • Tertuduh mengaku bersalah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan
  • Jaminan RM1,400 dikenakan, tarikh sebutan semula kes pada 11 Mac

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!