Penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular.
A
A
A

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi yang dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru, di sini pada Selasa.

Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan kenderaan terbabit dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar beberapa kenderaan di laluan bertentangan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Beberapa kenderaan terlibat susulan kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular
Beberapa kenderaan terlibat susulan kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penunggang motosikal maut dirempuh Perodua Myvi terbabas
  • Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Batu Hampar, Bukit Baru, Melaka
  • Video kejadian tular di media sosial
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari
  • Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit akan mengeluarkan kenyataan media

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!