Ribut petir diramal landa Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Cuaca sama diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor.

Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak dan Selangor
  • Kawasan terjejas termasuk Langkawi di Kedah dan Kerian, Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak di Perak
  • Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor turut diramalkan mengalami cuaca yang sama
  • Orang ramai diingatkan berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat dan kerosakan akibat keadaan cuaca
  • Amaran ini sah sehingga 1 tengah hari hari ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!