Isu ladang babi: Amirudin persoal pendirian Pas

Amirudin menegaskan pendiriannya berhubung isu ladang babi sambil membidas sikap tidak konsisten pimpinan Pas yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbeza mengikut khalayak.
Amirudin menegaskan pendiriannya berhubung isu ladang babi sambil membidas sikap tidak konsisten pimpinan Pas yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbeza mengikut khalayak.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pendiriannya berhubung isu ladang babi sambil membidas sikap tidak konsisten pimpinan Pas yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbeza mengikut khalayak.

Beliau berkata, serangan berterusan Pas terhadap kerajaan negeri dilakukan secara agresif ketika berucap di hadapan masyarakat Melayu, namun nada berbeza pula digunakan apabila bertemu pihak lain.

“Saya mahu menjelaskan sikap tidak konsisten mereka apabila menyerang kerajaan negeri secara melulu, tetapi apabila bertemu wartawan Cina, mereka menyatakan sokongan pula untuk membuka ladang babi.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan kerana pada satu masa sentimen kaum dibangkitkan, namun dalam masa yang sama pendirian berbeza ditunjukkan kepada kumpulan lain,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Ladang Solar Berskala Besar (LSS5) di sini pada Selasa.

Amirudin mengakui nada ucapannya dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bersifat emosional dan memohon maaf sekiranya menyinggung mana-mana pihak, namun menegaskan perkara itu tidak menafikan isu pokok berkaitan tanggungjawab pemimpin politik untuk bersikap konsisten.

“Seseorang pemimpin perlu berpegang kepada prinsip yang jelas dan jika tidak, kenyataan yang dibuat hanya akan mengelirukan rakyat,” jelas beliau.

Terdahulu, Pas Selangor menegur penggunaan bahasa beremosi oleh Amirudin dalam satu video yang didakwa menyasarkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Dr Yusfarizal Yusoff berkata, kenyataan tersebut tidak mencerminkan kematangan politik seorang Menteri Besar serta tidak selari dengan kedudukan dan imej kepimpinan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Besar Selangor menegaskan pendiriannya terhadap isu ladang babi sambil kritik sikap Pas yang tidak konsisten
  • Serangan Pas terhadap kerajaan negeri dituduh agresif kepada masyarakat Melayu tetapi berbeza apabila bertemu dengan khalayak lain
  • Pas didakwa menyokong pembukaan ladang babi apabila berbicara dengan wartawan Cina
  • Amirudin Shari mengakui emosional dalam ucapan tetapi menekankan keperluan sikap politik yang konsisten
  • Pas Selangor mengecam penggunaan bahasa emosi oleh Amirudin dalam video yang ditujukan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!