Penganggur memandu dari Kuala Lumpur ceroboh tiga rumah di Pagoh

Suspek ditahan polis selepas menceroboh tiga buah rumah di Taman Pagoh Jaya, Pagoh pada Ahad.
Suspek ditahan polis selepas menceroboh tiga buah rumah di Taman Pagoh Jaya, Pagoh pada Ahad.
A
A
A

MUAR - Seorang penganggur sanggup memandu dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menceroboh tiga rumah di Taman Pagoh Jaya di sini sebelum ditahan polis selepas memukul pemilik rumah dan merosakkan harta benda pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek dipercayai bergerak bersendirian menaiki kenderaan dari Kuala Lumpur sebelum menceroboh kawasan perumahan berkenaan pada jam 5 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu memanjat pagar dan tembok beberapa rumah selain merosakkan tombol pintu grill sebuah kediaman.

“Suspek juga dipercayai memukul seorang lelaki iaitu pemilik rumah sehingga menyebabkan kecederaan ringan di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Raiz Mukhliz, polis menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu yang membabitkan tiga buah rumah di kawasan sama.

Pemilik rumah yang didakwa dipukul suspek.
Pemilik rumah yang didakwa dipukul suspek.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat awam, anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Panchor dengan bantuan RCJ Balai Polis Pagoh berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki berhalusinasi ketika tangkapan dibuat.

Artikel Berkaitan:

"Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan pernah ditangkap sebelum ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 448, Seksyen 323, Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Jelas beliau, suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi enam saat suspek ditahan dan gambar keadaan mangsa yang dipercayai dipukul ketika solat dalam kejadian samun itu.

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur dari Kuala Lumpur menceroboh tiga rumah di Taman Pagoh Jaya, Muar
  • Suspek menaiki kenderaan sendiri dari Kuala Lumpur untuk melakukan pencurian
  • Suspek berusia 29 tahun memanjat pagar dan merosakkan tombol pintu
  • Ditahan polis selepas memukul pemilik rumah menyebabkan kecederaan ringan
  • Direman selama empat hari untuk membantu siasatan, mempunyai rekod jenayah lampau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!