Eksekutif jualan rugi RM50,750 ditipu tender bekal set kerusi meja kantin sekolah

Seorang wanita mengalami kerugian RM50,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan melibatkan tawaran tender membekal set kerusi dan meja kantin sekolah di daerah Marang. Gambar kecil: Azli
Seorang wanita mengalami kerugian RM50,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan melibatkan tawaran tender membekal set kerusi dan meja kantin sekolah di daerah Marang. Gambar kecil: Azli
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita mengalami kerugian RM50,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan melibatkan tawaran tender membekal set kerusi dan meja kantin sekolah di daerah Marang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.27 petang pada Sabtu.

Menurutnya, pengadu merupakan seorang eksekutif jualan berusia 29 tahun yang bekerja dengan sebuah syarikat pembekal barangan pejabat.

“Siasatan awal mendapati pengadu telah dihubungi oleh seorang individu yang mengaku sebagai wakil pembekal bagi tender membekal set kerusi dan meja kantin untuk sebuah sekolah rendah di daerah Marang.

“Pengadu kemudian diarahkan membuat bayaran ke sebuah akaun bank menerusi transaksi pindahan wang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan satu transaksi pindahan wang berjumlah RM50,750 pada 7 Februari kira-kira jam 2.25 petang ke akaun berkenaan menggunakan wang syarikat.

Menurutnya, selepas bayaran dibuat, pengadu menyedari telah diperdaya dan mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM50,750.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita kerugian RM50,750 akibat penipuan tender bekalan kerusi dan meja kantin di Marang
  • Pihak polis menerima laporan penipuan pada Sabtu petang
  • Mangsa adalah eksekutif jualan berumur 29 tahun dari syarikat bekalan barangan pejabat
  • Penipu menyamar sebagai wakil pembekal tender, arahkan mangsa lakukan transaksi bayaran
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut untuk mengesan suspek

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!