Piala Malaysia: Kuching City selangkah ke separuh akhir

Muhammad Ramadhan Saifullah melengkapkan kemenangan bergaya The Cats apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83. Foto Kuching City FC
Muhammad Ramadhan Saifullah melengkapkan kemenangan bergaya The Cats apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83. Foto Kuching City FC
A
A
A

KUCHING City FC membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan DPMM 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei.

Di sebalik tentangan tuan rumah, skuad The Cats berjaya mendahului menerusi jaringan pemain import, Jerome Mpacko Etame yang bijak menolak masuk hantaran Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, DPMM kembali menyamakan kedudukan apabila pertahanan Kuching City FC, James Okwuosa tertampan masuk hantaran Miguel Oliveira untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Kuching City FC berjaya memimpin semula perlawanan pada minit ke-64 apabila sepakan penjuru Petrus Shitembi ditumbuk masuk penjaga gol DPMM, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring untuk meletakkan pasukan pelawat kembali di hadapan.

Pemain sayap Kuching City, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman melengkapkan kemenangan bergaya The Cats apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-83 untuk memastikan kemenangan 1-3 memihak pasukan pelawat.

Meskipun tewas, DPMM masih berpeluang untuk mara ke suku akhir apabila turun bagi aksi timbal balik menentang Kuching City pada 14 Februari ini di Stadium Negeri Sarawak. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kuching City FC menewaskan DPMM 3-1 di perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia
  • Jerome Mpacko Etame membuka jaringan untuk Kuching City FC pada minit ke-39
  • DPMM menyamakan kedudukan melalui gol yang tertampan oleh James Okwuosa
  • Petrus Shitembi membolehkan Kuching City FC memimpin semula dengan gol pada minit ke-64
  • Muhammad Ramadhan Saifullah Usman melengkapkan kemenangan Kuching City FC dengan gol ketiga pada minit ke-83

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!