Polis tahan lelaki curi barang kemas lebih RM150,000 di pusat beli-belah

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM158,195.20 di Johor Bahru. Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM158,195.20 di Johor Bahru. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM158,195.20 di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5 petang hari yang sama.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, lelaki berusia 41 tahun itu berjaya ditahan, dan beberapa rampasan dibuat termasuk barang kemas yang disyaki dicuri dalam tempoh kira-kira 20 minit.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, dan hasil ujian air kencing adalah negatif.

"Suspek telah dibawa ke mahkamah di sini hari ini dan dibenarkan direman selama empat hari hingga 10 Februari," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM158,195.20 di Johor Bahru
  • Maklumat kejadian diterima petang Jumaat
  • Suspek berusia 41 tahun ditahan dan barang rampasan termasuk barang kemas disita
  • Suspek tiada rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing negatif
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!