Masa Ozil di Arsenal sudah tamat

Mesut Ozil . - Foto The Sun
Mesut Ozil . - Foto The Sun
A
A
A

BEKAS penyerang Arsenal, Andrey Arshavin mengakui pemain tengah The Gunners Mesut Ozil tidak lagi sesuai untuk mengetuai jentera tengah pasukan itu.

Menurutnya, kehadiran Ozil di bahagian tengah pasukan hanya menyebabkan pergerakan pasukan menjadi lambat terutama dalam menggerakan serangan ke gawang lawan.

"Sebagai pemain, tentu saja saya menghormatinya kerana Ozil adalah pemain berkelas dunia. Tetapi secara peribadi dia melambatkan permainan. Jika saya sebagai jurulatih saya akan memilih menggunakan pemain lain.

"Mikel Arteta (pengendali Arsenal) sering menggunakannya dalam perlawanan. Memang Ozil ada sedikit peningkatan tetapi untuk tempoh akan datang saya yakin dia sudah tidak sesuai di kelab itu," katanya.

Kedudukan Ozil selaku pemain utama Arsenal ketika ini dilihat terjamin sejak Arteta mengambil alih jawatan selaku pengendali pasukan tahun lalu.

Ozil sering menjadi pemain kepercayaan Arteta dan diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan dalam 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, impak Ozil masih belum cukup untuk membalas kepercayaan Arteta itu dengan hanya mampu menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol dalam tempoh tersebut.

Dalam pada itu, Arshavin turut menilai skuad The Gunners tidak cukup seimbang berdasarkan keupayaan semua pemain dalam pasukan itu.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya bahagian serangan Arsenal cukup bagus, tetapi tidak bahagian pertahanan. Itu yang perlu diperbaiki oleh Arteta," katanya.