Lisa Blackpink bakal bintangi filem original Netflix baharu

Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill - Foto: AFP
Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill - Foto: AFP
A
A
A

LISA daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'," menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.

Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.

Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.

Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, "Tygo”, sebuah karya sampingan daripada "Extraction" (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui filem original Netflix baru
  • Filem tersebut adalah sebuah komedi romantik yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'
  • Katie Silberman yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up bertanggungjawab menulis filem tersebut
  • Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya melalui The White Lotus
  • Sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, "Tygo", bersama Ma Dong-seok dan Lee Jin-uk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!