Planta semarak Ramadan menerusi kempen ‘Sesudu Penuh Kebaikan’

Dari kiri: Pengurus Pemasaran Flora Food Group, Mona Shamili; Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh Flora Food Group, Inura Jayasuriya;Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Pengurus Besar Food Aid Foundation, Afraz Said pada majlis pelancaran Kempen Ramadan A Spoonful of Goodness.
Dari kiri: Pengurus Pemasaran Flora Food Group, Mona Shamili; Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh Flora Food Group, Inura Jayasuriya;Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Pengurus Besar Food Aid Foundation, Afraz Said pada majlis pelancaran Kempen Ramadan A Spoonful of Goodness.
A
A
A

PLANTA menyemarakkan Ramadan tahun ini menerusi kempen ‘Sesudu Penuh Kebaikan’ yang menekankan nilai perkongsian, keprihatinan dan tindakan kecil yang mampu memberi impak bermakna kepada komuniti.

Kempen berkenaan diperkenalkan menerusi majlis pra-Ramadan yang turut menampilkan Planta Taste Lab Experience, iaitu pengalaman deria interaktif bagi memperkenalkan produk terbaharu Planta Nutri-Buttery kepada para tetamu.

Melalui beberapa stesen rasa, tetamu diberi peluang mencuba serta memadankan pelbagai perisa berinspirasikan cita rasa tempatan, sekali gus memperkukuh mesej kempen bahawa kebaikan boleh bermula daripada dapur dan pilihan harian.

Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh Flora Food Group, Inura Jayasuriya berkata, kempen berkenaan berteraskan kepercayaan bahawa kebaikan tidak perlu bersifat kompleks untuk memberi kesan.

“Ia bermula dengan pilihan kecil yang kita buat setiap hari. Apabila pilihan itu dikongsi bersama, impaknya boleh melangkaui meja makan dan menyentuh lebih ramai insan,” katanya.

Produk Planta dipamerkan, menampilkan produk terbaharu yang menyertai keluarga Planta iaitu Nutri-Buttery.
Produk Planta dipamerkan, menampilkan produk terbaharu yang menyertai keluarga Planta iaitu Nutri-Buttery.

Beliau berkata, kempen ‘Sesudu Penuh Kebaikan’ turut diperluas melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan dengan kerjasama rakan strategik dan badan kebajikan.

Antara inisiatif tersebut termasuk penyediaan bekalan produk Planta selama setahun kepada rumah kebajikan terpilih bagi menyokong keperluan penyediaan makanan sepanjang tahun.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Planta turut bekerjasama dengan Food Aid Foundation menerusi kempen media sosial, apabila satu hidangan akan disumbangkan bagi setiap perkongsian Instagram Story awam menggunakan templat kempen berkenaan.

Dalam usaha memperkasa ekonomi komuniti, Planta juga menjalinkan kerjasama bersama pengusaha bakeri tempatan dan FoodAid-preneurs bagi penghasilan kek mentega, sekali gus menyokong sumber pendapatan usahawan kecil.

Kempen ini turut melibatkan kerjasama dengan MySaveFood bagi inisiatif pemulihan dan pengagihan semula lebihan makanan dari bazar Ramadan kepada golongan memerlukan secara selamat.

Tetamu mengambil bahagian dalam Pengalaman Planta Taste Lab.
Tetamu mengambil bahagian dalam Pengalaman Planta Taste Lab.

“Inisiatif ini mencerminkan keyakinan kami bahawa kebaikan menjadi lebih bermakna apabila dilakukan secara bersama. Makanan bukan sekadar mengenyangkan, malah menyatukan dan membina hubungan,” katanya.

Dalam pada itu, kempen ‘Sesudu Penuh Kebaikan’ akan dibawa terus ke komuniti menerusi penyertaan di Bazar Ramadan Seksyen 18 dari 21 hingga 28 Februari 2026.

Pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan Spin the Wheel, stesen sampel dan photo booth akan disediakan bagi mendekatkan jenama dengan masyarakat serta memperkenalkan Nutri-Buttery secara santai dan menyeronokkan.

Planta berharap kempen ini dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kebaikan tidak semestinya besar atau luar biasa, sebaliknya boleh bermula dengan langkah kecil yang dilakukan secara konsisten, termasuk melalui makanan yang dikongsi bersama sepanjang Ramadan.

 

 

Ringkasan AI

  • Planta menyemarakkan Ramadan tahun ini menerusi kempen 'Sesudu Penuh Kebaikan' yang menekankan nilai perkongsian, keprihatinan dan tindakan kecil bermakna
  • Kempen ini memperkenalkan Planta Nutri-Buttery melalui Planta Taste Lab Experience yang menawarkan pengalaman deria interaktif
  • Melalui kempen, Planta menyokong keperluan penyediaan makanan rumah kebajikan dan ekonomi pengusaha kecil dengan bekerjasama bersama Food Aid Foundation dan pengusaha bakeri
  • Kempen 'Sesudu Penuh Kebaikan' juga melibatkan aktiviti pemulihan makanan lebihan Ramadan bersama MySaveFood untuk golongan memerlukan
  • Planta akan membawa kempen ini ke Bazar Ramadan Seksyen 18 dengan aktiviti interaktif, menyokong idea bahawa kebaikan boleh bermula dari langkah kecil yang dilakukan secara konsisten

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!