Kemajuan sebenar AITIGA, ASEAN sasar muktamad perjanjian itu pada akhir tahun ini - PM

Anwar ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22, pada Ahad. Foto Bernama
Anwar ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22, pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) menunjukkan kemajuan sebenar dengan ASEAN komited untuk memuktamadkannya pada akhir tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, para pemimpin ASEAN gembira untuk meneruskan perbincangan dan kerjasama dengan India memandangkan kedua-dua pihak bersedia untuk Pelan Tindakan ASEAN-India 2026-2030.

"Kita mahu memuktamadkan AITIGA pada tahun ini. Jadi, sememang terdapat beberapa kemajuan sebenar, bukan sahaja untuk Malaysia,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-22 di sini, pada Ahad.

AITIGA, ditandatangani pada 2009, telah menjalani semakan sejak 2023.

AITIGA bertujuan mewujudkan aliran bebas barangan antara negara anggota ASEAN dan India, yang akan mengurangkan halangan perdagangan, memperkukuh hubungan ekonomi, mengurangkan kos perniagaan, meningkatkan perdagangan, memperluas pasaran serta menguntungkan dari segi kos bagi perniagaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) dijangka memuktamad pada akhir tahun ini
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ASEAN berkomitmen meneruskan perbincangan dengan India
  • AITIGA bertujuan mewujudkan aliran bebas barangan antara negara anggota ASEAN dan India
  • Pelan Tindakan ASEAN-India 2026-2030 disiapkan bersedia oleh kedua-dua pihak
  • AITIGA telah ditandatangani pada 2009 dan sedang menjalani semakan sejak 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!