Banjir di Alor Gajah semakin pulih

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
MELAKA - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dekat sini malam ini berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata jumlah mangsa banjir sehingga 8 malam ini berkurangan kepada 45 orang daripada 13 keluarga berbanding 91 orang daripada 28 keluarga pada 4 petang tadi.

"Kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam. Jumlah mangsa dijangka akan semakin berkurangan memandangkan paras air banjir semakin surut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Effendy yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata keadaan cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan baik. - Bernama
Artikel Berkaitan: