Tiga beradik perempuan ditemui terjatuh dari bangunan

UTTAR PRADESH – Tiga beradik perempuan ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di pinggir New Delhi, India pada awal pagi Rabu, dipercayai selepas berlaku pertikaian keluarga berkaitan larangan bermain permainan digital berunsur Korea.
Mangsa dikenal pasti sebagai Vishika, 16; Prachi, 14; dan Pakhi, 12.
Kejadian berlaku di kediaman keluarga mereka di Uttar Pradesh dan difahamkan bapa mangsa bertindak mengehadkan penggunaan telefon bimbit, termasuk akses kepada permainan yang didakwa memberi kesan keterikatan melampau terhadap ketiga-tiga remaja berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, bapa mangsa menyedari anak-anaknya terlalu obses terhadap kandungan hiburan berkaitan budaya Korea, termasuk permainan digital, muzik dan drama, sejak tempoh pandemik Covid-19.
Keadaan itu dikatakan menjejaskan rutin harian serta pendidikan mereka, sekali gus mendorong ibu bapa mengambil tindakan tegas.
Pihak polis memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.15 pagi waktu tempatan sebelum menemui ketiga-tiga beradik itu di kawasan bawah bangunan kediaman berkenaan.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital berdekatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti kronologi sebenar kejadian serta faktor yang mendorong tindakan tersebut.
Beberapa saksi di lokasi kejadian memberikan keterangan berbeza mengenai insiden berkenaan dan perkara tersebut masih dalam siasatan lanjut polis. – Agensi
Ringkasan AI
- Tiga beradik perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan di Uttar Pradesh, India
- Mangsa berusia antara 12 hingga 16 tahun
- Bapa mangsa hadkan penggunaan telefon bimbit kerana obsesi terhadap kandungan hiburan Korea
- Pertikaian keluarga dipercayai berlaku berkaitan larangan bermain permainan digital
- Polis masih menyiasat kronologi dan faktor kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

