Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar

05 Februari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang pemandu bas sekolah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di dalam kenderaan berkenaan pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Perintah reman hingga 11 Februari depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 50 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766916/berita/semasa/pemandu-bas-sekolah-direman-disyaki-terlibat-gangguan-seksual-pelajar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #PemanduBas #GangguanSeksual #Melaka