Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000

Penceramah bebas, Farid Abu Auliya (depan) diiringi pegawai penguat kuasa ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini pada Rabu.
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya (depan) diiringi pegawai penguat kuasa ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini pada Rabu.
A
A
A

RAWANG – Penceramah bebas, Farid Abu Auliya dihukum penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini pada Rabu, selepas gagal melunaskan hutang perkahwinan berjumlah RM120,000 kepada bekas isteri ketiganya, sejak 2023.

Dia yang juga penghutang atau nama sebenar Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib menolak semua alasan yang dinyatakan di mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan pihak penghutang selaku defendan membayar RM3,000 bagi kos prosiding.

Penghakiman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 berkaitan permohonan untuk mengeluarkan notis penghakiman terhadap penghutang penghakiman.

MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penceramah bebas, Farid Abu Auliya dihukum penjara 10 hari kerana gagal melunaskan hutang perkahwinan RM120,000
  • Hukuman dikenakan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat
  • Farid dikenali juga dengan nama Faridul Firdaus Zaulkapli berusia 40 tahun
  • Mahkamah memerintahkan membayar RM3,000 untuk kos prosiding
  • Hukuman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!