'Pas tidak tamak' - Ahmad Fadhli

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar dakwaan yang mengatakan sikap tamak pemimpin parti itu telah mengorbankan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menegaskan sekiranya parti itu tamak, mereka tidak serahkan jawatan ketua pembangkang kepada parti lain sedangkan Pas mempunyai kerusi paling banyak.

"Jika Pas tamak, sejurus selepas PRU (Pilihan Raya Umum), Pas akan terus menuntut jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana jumlah kerusi Pas lebih banyak.

"Tetapi Pas hanya bangkitkan soal Pengerusi PN hanya selepas melihat arah tuju Bersatu yang semakin membimbangkan dan memberi kesan kepada PN," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di Facebooknya pada Jumaat sebagai maklum balas terhadap rencana sebuah akhbar berkaitan Pas dan Bersatu yang turut memetik kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Pas hanya mahu selamatkan situasi, bergerak dengan gerak kerja sepatutnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau dalam kenyataan sama dan tanpa menulis sebarang nama mengatakan: "Anda dan beberapa kerat pemimpin anda nampaknya tidak berminat ke arah itu.

"Anda dan beberapa kerat pemimpin anda yang tamak, masuk Bersatu pada tahun 2023 selepas PRU dan pandai-pandai label Pas sebagai tamak dan pemimpinnya gila jawatan," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan sikap tamak pemimpin Pas
  • Pas tidak tamak kerana menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada parti lain walaupun memiliki kerusi paling banyak
  • Pas mengutamakan persefahaman dalam Perikatan Nasional dan hanya bangkitkan soal Pengerusi PN setelah membimbangi arah tuju Bersatu
  • Ahmad Fadhli menyatakan Pas hanya mahu menyelamatkan situasi menjelang PRU16
  • Beliau mengkritik pemimpin Bersatu yang menuduh Pas tamak dan gila jawatan selepas PRU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!