Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak 6 tahun lemas di kolam air panas

Ibu dan ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di sebuah kolam air panas di sini malam tadi, ditahan polis bagi membantu siasatan. Foto hiasan
Ibu dan ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di sebuah kolam air panas di sini malam tadi, ditahan polis bagi membantu siasatan. Foto hiasan
A
A
A

ALOR GAJAH - Ibu dan ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di sebuah kolam air panas di sini malam tadi, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kedua-dua wanita yang masing-masing berusia 27 dan 22 tahun ditahan hari ini untuk tujuan rakaman percakapan.

"Dua beradik itu dipercayai berada di tempat kejadian dan akan dilepaskan petang ini dengan jaminan polis bagi memberi ruang kepada keluarga menguruskan jenazah kanak-kanak berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Ahmad berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam, mangsa yang datang bersama keluarganya dari Felda Keratong, Pahang, ditemui orang awam dalam keadaan terapung di kolam dewasa.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 8.24 malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ibu dan ibu saudara kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di kolam air panas di Alor Gajah ditahan polis
  • Kedua-dua wanita berusia 27 dan 22 tahun ditahan untuk rakaman percakapan
  • Dua beradik itu berada di tempat kejadian dan akan dilepaskan dengan jaminan polis
  • Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan
  • Kanak-kanak datang dari Felda Keratong, ditemui terapung dan disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!