'Kenapa takut dengan kajian?'- Hannah Yeoh

Hannah menjawab bantahan yang dipercayai berkaitan tindakannya mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Hannah menjawab bantahan yang dipercayai berkaitan tindakannya mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil menjawab beberapa bantahan yang dipercayai berkaitan tindakannya mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan bahawa pendidikan tinggi mengajar seseorang untuk meneliti dan memahami isu serta membuat kajian secara mendalam, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.

“Jika kita mahukan keputusan yang tepat dan meyakinkan, kita memerlukan data dan fakta yang tepat.

“Sebab itulah saya sangat menghargai setiap proses pembelajaran dalam mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Di situlah saya belajar memahami kekuatan dan kelemahan sesuatu polisi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, perbandingan kebaikan dan keburukan (pros and cons) membolehkan sesuatu keputusan dibuat dengan lebih cermat, selain menjimatkan masa dan tenaga daripada melakukan kerja yang tidak membawa manfaat serta mengelakkan kesilapan.

Katanya, kajian akan menjadikan seseorang lebih bijak dan merupakan satu proses penting dalam mendapatkan keputusan yang lebih baik.

“Oleh itu, jangan sesekali takut dengan kajian. Malah, kebijaksanaan merupakan elemen penting bagi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam memimpin rakyatnya,” katanya sambil menambah bahawa penerangan tersebut dijadikan sebagai renungan hari ini sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Hannah Yeoh menjawab bantahan terhadap arahannya untuk kajian kebolehlaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur
  • Beliau menekankan pentingnya pendidikan tinggi untuk kajian mendalam dalam memahami isu
  • Menyatakan keperluan data dan fakta tepat untuk keputusan yang meyakinkan
  • Menilai kebaikan dan keburukan sesuatu polisi membolehkan pembuatan keputusan yang lebih cermat
  • Menganggap kajian sebagai proses penting dalam mendapatkan keputusan yang lebih baik dan menekankan kebijaksanaan pemimpin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!