Gudang barangan kitar semula terbakar awal pagi

Keadaan kebakaran di sebuah gudang simpanan barang kitar semula pada awal pagi Isnin.
Keadaan kebakaran di sebuah gudang simpanan barang kitar semula pada awal pagi Isnin.
A
A
A

BANTING – Sebuah gudang simpanan barangan kitar semula di Jalan Utama Batu 9, Sijangkang di sini terbakar pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.42 pagi.

“Seramai 18 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang serta bantuan BBP Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 11 kilometer,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Ahmad Mukhlis, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan barangan kitar semula yang mempunyai struktur terbuka.

“Dianggarkan premis berkenaan terbakar sebanyak 50 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini dan operasi pemadaman sedang dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebuah gudang barangan kitar semula di Jalan Utama Batu 9, Sijangkang terbakar pada Isnin
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor terima panggilan kecemasan jam 5.42 pagi
  • Seramai 18 anggota dan jentera dari BBP Teluk Panglima Garang, BBP Andalas dan Pelabuhan Klang dihantar
  • Pihak bomba tiba sepuluh minit kemudian dan dapati stor terbakar 50 peratus
  • Tiada mangsa dilaporkan dalam kebakaran itu dan usaha pemadaman sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!