4 maut, 10 cedera dalam 2 kejadian letupan di Iran

Berdasarkan maklumat awal, empat maut manakala kira-kira 10 orang berkemungkinan mengalami kecederaan dalam letupan tersebut. - Gambar hiasan
Berdasarkan maklumat awal, empat maut manakala kira-kira 10 orang berkemungkinan mengalami kecederaan dalam letupan tersebut. - Gambar hiasan
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam letupan berasingan di selatan dan barat daya Iran, lapor media tempatan pada Sabtu, menurut Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Mehr.

Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Keselamatan Perbandaran Ahvaz memaklumkan bahawa letupan berlaku di sebuah kompleks kediaman empat unit di kawasan kejiranan Kianshahr, Ahvaz di barat daya Iran yang meragut nyawa empat mangsa.

Pegawai berkenaan berkata, letupan itu berpunca daripada kebocoran pada rangkaian gas bandar tersebut.

Dalam kejadian berasingan, satu bahan yang tidak dikenali telah meletup di sebuah bangunan lapan tingkat yang terletak di sebuah lorong di Boulevard Moallem di Bandar Abbas, selatan Iran, menurut agensi berita Fars.

Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 10 orang berkemungkinan mengalami kecederaan dalam letupan tersebut, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Lebih daripada 10 kenderaan yang diletakkan berhampiran bangunan itu turut mengalami kerosakan pada tahap yang berbeza-beza. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam letupan di Iran
  • Beberapa lagi cedera dalam letupan berasingan di selatan dan barat daya Iran
  • Letupan di Ahvaz berpunca daripada kebocoran gas
  • Bahan tidak dikenali meletup di Bandar Abbas menyebabkan kira-kira 10 orang cedera
  • Lebih daripada 10 kenderaan rosak akibat letupan di Bandar Abbas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!