Dadah RM2.45 juta dalam perut ikan patin

JKDM membongkar penemuan dadah yang disorokkan dalam perut ikan patin sejuk beku dalam rampasan di Zon Perdagangan Bebas di KLIA, Sepang, 15 Mac lalu.
JKDM membongkar penemuan dadah yang disorokkan dalam perut ikan patin sejuk beku dalam rampasan di Zon Perdagangan Bebas di KLIA, Sepang, 15 Mac lalu.
A
A
A

SEPANG - Taktik sindiket menyembunyikan 190 ketulan dadah bernilai RM2.45 juta dalam perut ikan patin untuk dieksport ke luar negara terbongkar dalam operasi di Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini 15 Mac lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, operasi kira-kira jam 3 pagi itu hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai Penguatkuasaan Unit III (LTA KL) Zon Tengah.

"Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa 28 kotak polisterin yang diikrar sebagai makanan laut sejuk beku untuk dieksport ke Hong Kong.

"Pemeriksaan menjumpai 190 ketulan mampat berbalut plastik hitam mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin yang disorokkan di dalam perut ikan patin yang sejuk beku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JKDM membongkar penemuan dadah yang disorokkan dalam perut ikan patin sejuk beku dalam rampasan di Zon Perdagangan Bebas di KLIA, Sepang, 15 Mac lalu.
JKDM membongkar penemuan dadah yang disorokkan dalam perut ikan patin sejuk beku dalam rampasan di Zon Perdagangan Bebas di KLIA, Sepang, 15 Mac lalu.

Beliau berkata, kesemua dadah seberat 54.35kg itu dianggarkan bernilai RM2.45 juta.

Katanya, susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berlainan, JKDM berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 747.73kg serbuk daun ketum dianggar bernilai RM3.74 juta di Zon Perdagangan Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTA KL), 16 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati serbuk yang disorok dalam 39 kotak ini diimport dari Indonesia dan seorang warga tempatan kemudian ditahan untuk siasatan di bawahSeksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.