Kastam rampas rokok seludup RM3 juta

JKDM menunjukkan rokok dianggar bernilai RM3 juta yang dirampas dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam.
JKDM menunjukkan rokok dianggar bernilai RM3 juta yang dirampas dalam operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 4.6 juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM3 juta di Pelabuhan Utara, di sini semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, cubaan sindiket terbabit itu berjaya dikesan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit II (Selangor) selepas penahanan sebuah kontena.

"Semakan mendapati kontena terbabit diisytihar dengan membawa muatan tikar lantai dan tuala bagi mengelak daripada dikesan JKDM.

"Rokok diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga/ Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan terhadap pengimport dan ejen yang terlibat.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

"Kita juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Artikel Berkaitan:

"JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.