Diperkosa dua lelaki dalam kereta bergerak selepas ditumpangkan

Kedua-dua suspek berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam selepas mangsa tampil membuat laporan. - Foto Agensi
Kedua-dua suspek berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam selepas mangsa tampil membuat laporan. - Foto Agensi
A
A
A

DEHRADUN - Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dia diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki di Uttarakhand, India ketika mahu ke tempat kerja pada Selasa lalu.

Dua suspek dikenali sebagai Rahul Das dan Furqan ditahan dalam tempoh 24 jam selepas mangsa membuat laporan.

"Siasatan awal mendapati pelaku menawarkan tumpangan kepada mangsa ke tempat kerja di kawasan perindustrian di daerah Udham Singh Nagar.

"Kedua-duanya menodai wanita itu dalam kereta yang masih bergerak. Dia kemudiannya ditinggalkan di kawasan berhampiran tempat kerjanya," kata jurucakap pihak berkuasa.

Menurutnya, kereta digunakan pelaku turut berjaya ditemui.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Kami menanti laporan forensik dan bukti lain untuk mengukuhkan lagi kes tersebut," jelasnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Uttarakhand, India diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki ketika mahu ke tempat kerja
  • Dua suspek, Rahul Das dan Furqan ditahan dalam tempoh 24 jam selepas mangsa membuat laporan
  • Pelaku menawarkan tumpangan kepada mangsa ke tempat kerja sebelum melakukan perbuatan tersebut dalam kereta
  • Mangsa ditinggalkan berhampiran tempat kerjanya selepas kejadian
  • Kereta yang digunakan untuk melakukan jenayah berjaya ditemui dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!