Balik rumah jam 7 malam, wanita terkejut siling, bumbung ditebuk orang

Keadaan bumbung rumah mangsa yang ditebuk individu tidak dikenali di Taman Kluang Perdana di sini, Selasa lalu. Foto KHI
Keadaan bumbung rumah mangsa yang ditebuk individu tidak dikenali di Taman Kluang Perdana di sini, Selasa lalu. Foto KHI
A
A
A

KLUANG – Polis giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah teres di Taman Kluang Perdana di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 29 tahun yang mendapati bumbung di bahagian dapur rumahnya terbuka ketika pulang ke kediaman itu pada jam 7 malam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, siling kapur di bilik pertama, bilik kedua dan ruang tamu rumah berkenaan terdapat kesan lubang yang disyaki ditebuk oleh individu tidak dikenali.

Keadaan siling dalam rumah yang rosak ditebuk di Taman Kluang Perdana di sini, Selasa lalu. Foto KHI
Keadaan siling dalam rumah yang rosak ditebuk di Taman Kluang Perdana di sini, Selasa lalu. Foto KHI

“Pengadu memaklumkan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan baik dan berkunci sejak 24 Januari lalu dan kediaman berkenaan hanya dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian pagar luar.

“Tiada kehilangan barang berharga dilaporkan dan kerugian hanya melibatkan kerosakan pada siling rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bahrin berkata, hasil siasatan awal mendapati rumah tersebut baru dibeli kira-kira setahun lalu dan jarang didiami, dengan pengadu hanya berada di situ sekitar dua hari seminggu.

Tambahnya, semakan rakaman CCTV di kawasan kejadian tidak menunjukkan sebarang pergerakan mencurigakan dan tiada saksi awam tampil melihat kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek terlibat,” katanya.

Ringkasan AI

  • Polis mengesan suspek pecah masuk sebuah rumah teres di Taman Kluang Perdana
  • Wanita berusia 29 tahun mendapati bumbung dapur rumahnya terbuka
  • Siling di beberapa bilik terdapat kesan lubang disyaki ditebuk
  • Tiada kehilangan barang berharga, hanya kerosakan pada siling
  • Rumah baru dibeli setahun lalu dan jarang didiami, siasatan masih diteruskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!