Manipulasi harga, timbang sukat tipu: Rampasan KPDN Selangor cecah RM19 juta

Muhamad Hanif ketika sidang akhbar selepas operasi sinergi KPDN bersama SSM di Sri Muda di sini pada Khamis.
Muhamad Hanif ketika sidang akhbar selepas operasi sinergi KPDN bersama SSM di Sri Muda di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merekodkan nilai rampasan hampir RM19 juta hasil pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.

Pengarah KPDN Selangor,Muhamad Hanif Asa'ari berkata, dalam tempoh berkenaan, sebanyak 110,067 premis telah diperiksa membabitkan pelbagai sektor perniagaan di seluruh negeri.

"Hasil pemeriksaan itu membawa kepada 1,642 kes dihasilkan mengikut empat akta utama yang dikuatkuasakan kementerian.

"Daripada jumlah itu, 1,141 kes melibatkan Akta Kawalan Harga, 146 kes Akta Kawalan Bekalan, 293 kes Akta Timbang Sukat dan 62 kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi sinergi KPDN bersama SSM di Sri Muda di sini pada Khamis.

Katanya, bagi tindakan kompaun serta-merta (kompaun on the spot), sebanyak 1,381 premis telah dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM341,900.

"Selain itu, 478 kes yang melibatkan pembukaan kertas siasatan turut dikenakan kompaun dengan nilai mencecah RM3.87 juta.

"Nilai rampasan keseluruhan bagi tahun 2025 direkodkan sebanyak RM18,050,991.47, manakala 151 Operasi Bersepadu (Ops Sepadu) telah dilaksanakan bagi memperkukuh pematuhan undang-undang perdagangan," katanya.

Mengulas prestasi penguatkuasaan bagi Januari 2026, Hanif berkata, sebanyak 12,199 premis telah diperiksa dalam tempoh sebulan.

"Hasil pemeriksaan itu membawa kepada 224 kes membabitkan 121 kes di bawah Akta Kawalan Harga, 9 kes Akta Kawalan Bekalan, 92 kes Akta Timbang Sukat dan 2 kes Akta Perlindungan Pengguna.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 210 premis telah dikenakan kompaun on the spot dengan jumlah RM61,900, manakala 41 kes melibatkan kertas siasatan dibuka dengan kompaun melebihi RM208,000,” katanya.

Ujarnya, nilai rampasan bagi Januari 2026 sahaja telah mencecah RM875,862.92, selain 44 Ops Sepadu dilaksanakan di seluruh Selangor.

"KPDN Selangor akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan secara berfokus bagi membanteras ketirisan, manipulasi harga serta pelanggaran undang-undang yang menjejaskan pengguna.

"KPDN Selangor tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan, khususnya melibatkan barangan kawalan dan kepentingan pengguna,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merekodkan nilai rampasan hampir RM19 juta sepanjang Januari hingga Disember 2025
  • Sebanyak 110,067 premis telah diperiksa membabitkan pelbagai sektor perniagaan
  • Hasil pemeriksaan itu membawa kepada 1,642 kes dihasilkan mengikut empat akta utama
  • Sebanyak 1,381 premis telah dikenakan kompaun serta-merta dengan jumlah keseluruhan RM341,900
  • 151 Operasi Bersepadu dilaksanakan bagi memperkukuh pematuhan undang-undang perdagangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!