Wanita kata 'you all are idiots' kepada polis ditahan

Seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan ketika sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Persiaran Surian, Damansara. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Seorang wanita ditahan kerana ingkar arahan ketika sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Persiaran Surian, Damansara. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 30-an ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa yang sedang menjalankan sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid-19 di Jalan Persiaran Surian, Damansara hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata wanita terbabit mungkin rasa tertekan apabila kenderaan Proton X70 yang dinaikinya terpaksa bersesak berikutan sekatan tersebut pada jam 9.30 pagi.

"Apabila dia sampai ke lokasi, dia menjerit ke arah petugas ‘you all are idiots’,” katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Damansara hari ini.

Wanita berkenaan ditahan mengikut Seksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Polis Damansara.

Sementara itu, Nik Ezanee turut meminta maaf kerana SJR yang dilakukan menimbulkan kesulitan kepada ramai pihak, namun menjelaskan tugas dilaksanakan itu demi negara dan keselamatan rakyat.

Sebelum ini, wanita berkenaan yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dikatakan membunyikan hon berterusan selama 30 minit.

Sebaik tiba di pekarangan tempat tinggalnya di sebuah apartmen bersebelahan lokasi SJR itu, dia dikatakan mengeluarkan perkara kurang senonoh ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas.

Artikel Berkaitan: