Pengemis rupanya hartawan, ada pemandu peribadi

INDORE - Seorang lelaki yang selama ini dilihat sebagai pengemis di jalanan sebenarnya mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa hartanah dan kenderaan, malah menggaji seorang pemandu peribadi.
Mangilal, 50, yang sering dilihat duduk sambil memegang bekas meminta sedekah di kawasan Sarafa Bazaar di Indore, rupanya bukan hidup susah seperti disangka ramai.
Lelaki itu juga dilapor menghidap penyakit kusta dan mengalami masalah berjalan, menyebabkan dia selalu dilihat bersila di atas pelantar kayu yang dipasangkan roda.
Menurut siasatan pihak berkuasa tempatan, Mangilal memperoleh pendapatan lumayan hasil wang sedekah yang diterimanya.
Duit itu bukan sahaja disimpan, malah turut digunakan sebagai modal untuk pelbagai pelaburan perniagaan dan aktiviti ekonomi lain.
Mangilal turut dilapor mempunyai tiga buah rumah, dua kenderaan tiga roda yang disewakan serta sebuah kereta mewah.
Daripada hasil pendapatan itu, dia sanggup membayar gaji kepada seorang pemandu peribadi kira-kira 12,000 rupee (lebih kurang RM530).
Mangilal menegaskan dirinya tidak aktif mengemis, sebaliknya orang ramai yang memberi wang secara belas kasihan apabila melihatnya duduk di atas pelantar kayu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki yang dianggap pengemis di Indore sebenarnya mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki hartanah dan kenderaan
- Mangilal mengalami masalah berjalan akibat penyakit kusta dan sering dilihat duduk di atas pelantar kayu yang dipasangkan roda
- Dia memperoleh pendapatan hasil wang sedekah yang disimpan dan digunakan sebagai modal pelaburan
- Mangilal memiliki tiga buah rumah, dua kenderaan tiga roda yang disewakan, dan sebuah kereta mewah
- Mampu membayar gaji seorang pemandu peribadi dengan pendapatan sedekah yang diterima
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

