Belum terima bekalan topeng muka

Notis menyatakan ketiadaan topeng muka dan sanitizer untuk makluman pembeli di Farmasi Derga, Alor Setar, Kedah
Notis menyatakan ketiadaan topeng muka dan sanitizer untuk makluman pembeli di Farmasi Derga, Alor Setar, Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Farmasi Derga di Jalan Datuk Kumbar di sini mendakwa belum menerima bekalan topeng muka untuk kegunaan orang awam sebagai langkah pencegahan terhadap penularan koronavirus (Covid-19).

Pengusahanya, Saparman Abu, 57, berkata, pihaknya telah menempah bekalan topeng muka baharu selepas kehabisan stok, bagaimanapun masih belum menerimanya sehingga kini bahkan tidak menerima makluman lanjut daripada pembekal.

"Buat masa sekarang, topeng muka belum ada dan saya masih menunggu ketibaan bekalan itu. Tapi ada dengar khabar, pemilik kedai runcit telah menerima bekalan topeng muka.

"Memang ramai yang cari topeng muka tetapi sudah habis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, sebagai alternatif, pihaknya terpaksa menjual topeng muka jenis kain kepada orang awam.

Dalam perkembangan sama, katanya, pihak farmasi tidak menjual topeng muka melebihi harga siling ditetapkan kerajaan.

"Bukan kita jual mahal, tetapi kita dapat harga mahal daripada pembekal. Jadi, kita berharap jika boleh harga siling untuk topeng muka dapat dinaikkan,"katanya.

Artikel Berkaitan: