Budak dua tahun meninggal dalam kereta: Suasana pilu selubungi Forensik Hospital Rembau

Kelihatan dua wanita saling berpelukan.
Kelihatan dua wanita saling berpelukan.
A
A
A

REMBAU – Suasana pilu dan hiba menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Rabu sebaik ahli keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta ibunya selama sembilan jam tiba untuk menunggu proses bedah siasat.

Ada yang dilihat menangis dan saling berpelukan, cuba ditenangkan.

Difahamkan, proses bedah siasat bermula pada jam 2 petang, namun ahli keluarga dilihat sudah berada di hospital seawal jam 11.45 pagi.

Kelihatan dua wanita saling berpelukan.
Kelihatan dua wanita saling berpelukan.

Sehingga jam 3 petang, proses bedah siasat masih berjalan.

Sebelum ini, media melaporkan ibu berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di Seremban itu hanya menyedari anaknya tertinggal di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah pada jam 5 petang.

Mangsa dipercayai ditinggalkan sejak jam 8 pagi apabila ibunya terlupa untuk menghantarnya ke rumah pengasuh.

Artikel Berkaitan:

Ahli keluarga dilihat di Unit Perubatan Forensik.
Ahli keluarga dilihat di Unit Perubatan Forensik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Polis turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.

Ringkasan AI

  • Suasana pilu di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau kerana kematian kanak-kanak yang tertinggal dalam kereta
  • Ahli keluarga kanak-kanak menunggu proses bedah siasat sejak pagi
  • Kanak-kanak berusia dua tahun tertinggal di dalam kereta selama sembilan jam
  • Ibu kepada mangsa ditahan untuk bantu siasatan kes
  • Polis meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!