Gempa bumi sederhana landa laut Jawa

gempa bumi itu berpusat pada koordinat 8.3 darjah selatan dan 111.3 darjah timur, dengan kedalaman 118 kilometer (km).
gempa bumi itu berpusat pada koordinat 8.3 darjah selatan dan 111.3 darjah timur, dengan kedalaman 118 kilometer (km).
A
A
A

KUALA LUMPUR -  Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 melanda Laut Jawa pada jam 9.20 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ni memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 8.3 darjah selatan dan 111.3 darjah timur, dengan kedalaman 118 kilometer (km).

MetMalaysia memaklumkan lokasi gempa berada kira-kira 78 km selatan dari Madiun, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!