Kedai runcit di Kampung Sungai Lang musnah terbakar

Sebuah kedai runcit di Jalan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang musnah terbakar pada Rabu.
Sebuah kedai runcit di Jalan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang musnah terbakar pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT – Sebuah kedai barangan runcit di Jalan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang di sini musnah terbakar pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.41 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah premis runcit jenis kelas B dengan keluasan kira-kira 60 x 80 kaki persegi dan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi pada jam 11.50 pagi dan mendapati kebakaran sedang marak sebelum operasi pemadaman dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Keadaan di lokasi dilaporkan selamat selepas kebakaran berjaya dikawal.
Keadaan di lokasi dilaporkan selamat selepas kebakaran berjaya dikawal.

Beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Telok Panglima Garang dan BBP KLIA bagi mengawal serta memadam kebakaran.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari dan tidak melibatkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, seramai 19 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dengan kekuatan beberapa jentera yang dikerah ke lokasi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan keadaan di lokasi dilaporkan selamat selepas kebakaran berjaya dikawal.

Ringkasan AI

  • Kedai barangan runcit di Jalan Sungai Lang, Kampung Sungai Lang, Kuala Langat musnah dalam kebakaran pada Rabu
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi
  • Kebakaran melibatkan premis runcit dengan keluasan 60 x 80 kaki persegi dan kemusnahan anggaran 80 peratus
  • Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Banting, BBP Telok Panglima Garang dan BBP KLIA turut membantu operasi pemadaman
  • Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.05 tengah hari tanpa melibatkan mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!