Hakisan pantai di Pulau Pinang semakin memburuk

JPS Pulau Pinang sedang mengambil tindakan segera untuk menangani hakisan pantai di Batu Ferringhi.
JPS Pulau Pinang sedang mengambil tindakan segera untuk menangani hakisan pantai di Batu Ferringhi.
A
A
A

GEORGE TOWN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang sedang mengambil tindakan segera termasuk melaksanakan langkah mitigasi jangka pendek dan merangka penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu hakisan pantai yang semakin memburuk di Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, isu hakisan pantai di kedua-dua lokasi tersebut sebelum ini tular di media sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menurutnya, kejadian itu akan memberi kesan terhadap keindahan pantai, keselamatan pengunjung serta aktiviti pelancongan dan sukan pantai khususnya di kawasan pantai yang menjadi destinasi utama di negeri ini.

JPS kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan kadar hakisan di kawasan berkenaan.
JPS kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan kadar hakisan di kawasan berkenaan.

“Walaupun hakisan pantai di pesisir Batu Ferringhi merupakan fenomena alam yang berlaku setiap tahun akibat Monsun Timur Laut, keadaan pada tahun ini didapati lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Sehubungan itu, JPS kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan kadar hakisan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Zairil, bagi kawasan pesisir pantai Tanjong Bungah yang melibatkan Pantai Hotel Mercure, Skyhome Apartment dan Chinese Swimming Club, JPS telah menyiapkan laporan teknikal berkaitan hakisan pantai dan kini dalam usaha memohon peruntukan bagi melaksanakan tindakan mitigasi segera.

Artikel Berkaitan:

JPS kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan kadar hakisan di kawasan berkenaan.
JPS kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan kadar hakisan di kawasan berkenaan.

“Sementara itu, bagi kawasan Batu Ferringhi yang melibatkan Hotel Bayview, Lone Pine, Golden Sands dan Shangri-La, JPS akan melaksanakan langkah mitigasi jangka pendek melalui penambahan sandbag bagi mengurangkan kesan hakisan pantai.

“Permohonan peruntukan bagi tahun 2026 telah dikemukakan melalui kerajaan Persekutuan sebagai usaha mengurangkan kesan hakisan di beberapa kawasan pantai yang terjejas,” ujar beliau.

Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Pembinaan Outfall dan Struktur Mencegah Hakisan Pantai dengan peruntukan sebanyak RM61 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 5.

“Projek itu bertujuan mengurangkan kadar hakisan di sepanjang pesisir pantai Pulau Pinang serta memastikan kawasan pantai kekal selamat, stabil dan berdaya tarikan sebagai destinasi utama pelancongan.

“Setakat ini, kerja-kerja ukur hidrografi di tapak projek telah siap dilaksanakan pada Disember 2025 manakala proses pelantikan perunding sedang dijalankan oleh JPS dan dijangka dimuktamadkan pada hujung Februari 2026,” katanya lagi.

Zairil menambah, pelaksanaan kerja-kerja fizikal pula akan dimulakan selepas pelan reka bentuk terperinci disiapkan sepenuhnya.

“Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Negeri Pulau Pinang (ISMP) sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada suku ketiga 2027.

“Kajian itu akan menjadi panduan kepada kerajaan negeri bagi mengenal pasti pantai berisiko mengalami hakisan supaya langkah pencegahan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan menyeluruh,” katanya.

Ringkasan AI

  • Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang sedang merangka penyelesaian bagi menangani hakisan pantai di Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah
  • Hakisan pantai di pesisir Batu Ferringhi adalah fenomena alam yang berlaku setiap tahun tetapi keadaan tahun ini lebih teruk
  • JPS telah menyiapkan laporan teknikal hakisan pantai untuk kawasan pantai Tanjong Bungah dan sedang memohon peruntukan bagi tindakan mitigasi
  • Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Pembinaan Outfall dan Struktur Mencegah Hakisan Pantai dengan peruntukan RM61 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
  • Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Negeri Pulau Pinang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada suku ketiga 2027

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!