Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, bermula Jumaat ini.
MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Bintulu, Miri dan Limbang pada 30 hingga 31 Januari ini.
Keadaan sama turut diramalkan melanda beberapa daerah di Sabah melibatkan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula 30 Jan hingga 1 Februari - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

