22 hari dirawat di IJN, Tun M keluar sebentar menikmati kopi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Selepas 22 hari menerima rawatan di Insitut Jantung Negara (IJN), kelibat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menikmati kopi di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Damansara, pagi ini.
Beliau yang memakai baju kemeja dan kali pelikat duduk di atas kerusi roda ditemani beberapa pegawai dan pengiring keselamatan.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff kepada pemberita pada Selasa.
Ujarnya, Dr Mahathir masih berada dalam rawatan di IJN kerana mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal bulan ini.
"Beliau belum dibenarkan pulang tetapi hanya keluar sebentar untuk menikmati kopi," katanya.
Pada 6 Jan lalu, Dr Mahathir,100, dikejarkan ke IJN selepas terjatuh di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor.
Beliau kini sedang menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan telah menunjukkan perkembangan positif dan proses pemulihan dijangka memakan masa panjang atas faktor usia.
Ringkasan AI
- Tun Dr Mahathir Mohamad keluar sebentar dari IJN untuk minum kopi di pusat membeli-belah terkenal di Damansara setelah 22 hari menerima rawatan
- Beliau duduk di atas kerusi roda dan ditemani oleh pegawai serta pengiring keselamatan
- Masih dalam rawatan di IJN kerana patah tulang pinggul kanan akibat terjatuh di rumahnya
- Belum dibenarkan pulang, hanya keluar sebentar untuk menikmati kopi
- Sedang menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dengan perkembangan positif namun pemulihan dijangka panjang kerana faktor usia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

