KDEBWM sedia tong MGB untuk kegunaaan diguna polis, tentera

KDEBWM menyediakan lapan unit tong MGB berkapasiti 120 liter di empat lokasi kawalan barisan hadapan sekitar kawasan Ampang Jaya.
KDEBWM menyediakan lapan unit tong MGB berkapasiti 120 liter di empat lokasi kawalan barisan hadapan sekitar kawasan Ampang Jaya.
A
A
A

AMPANG - Prihatin dengan situasi wabak koronavirus (Covid-19) di negara, KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan lapan unit tong Mobile Garbage Bin (MGB) berkapasiti 120 liter di empat lokasi kawalan barisan hadapan sekitar kawasan Ampang Jaya.

Ketua Media Dan Perhubungan Awam KDEBWM, Mahfuzah Muhamad Tarmidi berkata, empat lokasi tersebut termasuk Tiara Ampang, Jalan Ampang; simpang masuk ke Ukay Perdana, Jalan Klang Gate dan Jalan Cheras Indah.

Menurutnya, ia bagi kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkawal di lokasi tersebut di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 14 April ini.

“Penyediaan tong sampah MGB ini adalah inisiatif KDEBWM untuk memudahkan petugas membuang sampah makanan dan sebagainya di tempat yang betul dan memastikan kebersihan sentiasa dapat dipelihara.

“Kerja-kerja kutipan sampah dari tong di lokasi tersebut akan dikendalikan oleh subkontraktor KDEBWM setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, sebagai salah satu daripada perkhidmatan yang dikategorikan sebagai 'essential services', KDEBWM beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan, menjalankan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di seluruh kawasan di negeri Selangor.

Artikel Berkaitan: