Empat lelaki dicari bantu siasatan kes samun berkumpulan

Polis cari empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Dato Abdul Hamid, Klang kelmarin.
Polis cari empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Dato Abdul Hamid, Klang kelmarin.
A
A
A

KLANG - Empat lelaki dicari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di Jalan Dato Abdul Hamid, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, individu pertama yang dicari dikenali sebagai M Satisylin, 26 beralamat di No 6 Lorong Hulubalang 40B Taman Sentosa Klang dan individu kedua, R Vijendran, 21 beralamat No 99 Jalan Dato Dagang 29, Taman Sri Sentosa Klang.

Menurutnya, individu ketiga pula ialah B Logendran, 25 beralamat No 6 Lorong Dato Dagang 50C KS/7 Taman Sentosa Putri dan individu terakhir iaitu B Kervin, 27 beralamat Vista Bayu Apartment, Klang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, seorang lelaki Bangladesh yang berada di rumahnya telah didatangi sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau serta kayu.

Suspek bertindak merampas empat telefon bimbit milik mangsa serta wang tunai RM300 milik rakan mangsa.

Susulan itu, dua lelaki telah ditahan dan sebuah Perodua Alza dirampas untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: