Tang Jie-Ee Wei lakar sejarah, rangkul gelaran Masters Indonesia

Tang Jie dan Ee Wei dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam pertarungan tiga set.
Tang Jie dan Ee Wei dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam pertarungan tiga set.
A
A
A

GANDINGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia, sebentar tadi.

Kejayaan di Istora Senayan itu menyaksikan pasangan ranking keempat dunia tersebut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara yang berjaya merangkul gelaran pada kejohanan berkenaan.

Dalam aksi final yang berlangsung pada Ahad, Tang Jie dan Ee Wei dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam pertarungan tiga set.

Pasangan negara bermula agak perlahan apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Namun, mereka memperkemaskan permainan dan bangkit dengan aksi lebih agresif untuk memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-17, 21-11.

Kemenangan ini cukup bermakna kerana ia merupakan gelaran pertama tahun ini buat pasangan negara itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bangkit daripada ketinggalan untuk merangkul gelaran juara Indonesia Masters
  • Pasangan ini menjadi beregu campuran pertama negara yang berjaya merangkul gelaran pada kejuaraan Indonesia Masters
  • Dalam aksi final, mereka berjaya mengalahkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam tiga set
  • Pasangan negara bermula dengan tewas pada set pertama tetapi memenangi dua set berikutnya dengan agresif
  • Kemenangan ini merupakan gelaran pertama tahun ini untuk pasangan negara tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!