Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters China

Ee Wei (kiri) dan Tang Jie. Foto Agensi
Ee Wei (kiri) dan Tang Jie. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei membuktikan ketahanan mental luar biasa apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mara ke final Masters China Super 750 di Shenzhen Arena pada Sabtu.

Pilihan ketiga kejohanan itu menampilkan aksi penuh bersemangat sebelum menundukkan pasangan pilihan utama dunia dari China, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping.

Tang Jie–Ee Wei, yang berstatus juara dunia, tewas set pertama 22-24 sebelum bangkit dalam dua set berikutnya dengan kemenangan 21-19, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam 20 minit.

Kemenangan dramatik itu bukan sahaja memastikan kemaraan mereka ke final kedua berturut-turut, malah menjadi penebus kekalahan kepada gandingan sama pada Piala Sudirman 2025.

Keputusan tersebut juga menyaksikan Tang Jie–Ee Wei merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 3-6 menentang pasangan nombor satu dunia itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!