Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam kereta

Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson pagi Rabu.
Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson pagi Rabu.
A
A
A

SEREMBAN – Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi Rabu.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi dan turut dirakam oleh orang awam.

Menerusi video yang tersebar, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih, manakala seorang lagi lelaki mengalami kecederaan pada tangan.

Turut kelihatan pada bahagian luar kenderaan tersebut adalah percikan darah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pasukan forensik polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian
Pasukan forensik polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson
  • Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi dan dirakam oleh orang awam
  • Seorang lelaki terkulai di tempat duduk pemandu sebuah Perodua Myvi putih dan tangan seorang lagi cedera
  • Percikan darah kelihatan pada bahagian luar kereta
  • Ketua Polis Daerah Seremban mengesahkan kejadian dan mangsa dikejarkan ke hospital

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!