Lelaki maut disyaki terjun ke sungai selepas kereta terbabas

Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan selepas kereta terbabas. Foto JBPM/APM
Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan selepas kereta terbabas. Foto JBPM/APM
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke dalam sungai di Kampung Batu Puteh di sini setelah kereta yang dinaiki bersama isterinya terbabas di jambatan kampung itu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, mangsa berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai pereka grafik itu menaiki kereta jenis Perodua Ativa dan dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.

"Setelah terbabas, mangsa tiba-tiba keluar daripada kereta terbabit dan terjun ke Sungai Kampung Batu Puteh.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM/APM
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM/APM

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan menerima laporan berhubung kejadian pada 4.40 petang semalam... susulan itu, sepasukan polis bersama agensi lain termasuk bomba serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari serta menyelamat mangsa," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan pada 11.15 pagi Rabu, kira-kira 5 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat... setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat," katanya. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh Kinabatangan susulan kereta terbabas
  • Mangsa berusia 42 tahun adalah pereka grafik dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu
  • Mangsa keluar dari kereta dan terjun ke Sungai Kampung Batu Puteh setelah terbabas
  • Operasi pencarian dan penyelamatan dijalankan oleh polis, bomba, dan penduduk kampung
  • Mayat ditemukan 5 meter dari lokasi hilang dan dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!