Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara telah menunaikan umrah sepanjang bulan Jumada al-Akhirah (bulan keenam dalam kalendar Islam), menurut statistik rasmi.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah serta menonjolkan kecekapan luar biasa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi melayani para jemaah.
Data tersebut turut menunjukkan lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.
Kemasukan ini menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudah prosedur ketibaan serta membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.
Peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.
Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke Dua Masjid Suci lebih mudah sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah umrah pada setiap peringkat daripada perancangan lawatan sehingga kepulangan jemaah dari negara itu. - Bernama-SPA
Ringkasan AI
- Lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara telah menunaikan umrah sepanjang bulan Jumada al-Akhirah
- Angka tersebut menunjukkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah dan kecekapan perkhidmatan serta kemudahan untuk para jemaah
- Lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan tersebut
- Kemasukan jemaah dipermudah oleh platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu
- Peningkatan pelaksanaan ibadah umrah mencerminkan komitmen Arab Saudi memantapkan ekosistem haji dan umrah, selaras dengan Visi Saudi 2030
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
