PRK Kinabatangan: 47.2 peratus keluar mengundi setakat jam 2 petang

Peratusan keluar mengundi PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan setakat jam 2 petang Sabtu.
Peratusan keluar mengundi PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan setakat jam 2 petang Sabtu.
A
A
A

KINABATANGAN - Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencatat sebanyak 50 peratus manakala Parlimen Kinabatangan hanya 47.2 peratus setakat jam 2 petang Sabtu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu masing-masing melibatkan seramai 6,757 orang bagi DUN Lamag manakala seramai 22,800 bagi Parlimen Kinabatangan.

SPR sebelum itu memaklumkan sebanyak 36 pusat mengundi dibuka seawal jam 7.30 pagi melibatkan 117 saluran di seluruh Parlimen Kinabatangan.

Pusat mengundi akan ditutup pada jam 5.30 petang dan ada beberapa pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal sekitar jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Peratusan keluar mengundi PRK DUN Lamag ialah 50 peratus
  • Keluar mengundi Parlimen Kinabatangan mencapai 47.2 peratus
  • Jumlah pengundi DUN Lamag ialah 6,757 orang
  • Seramai 22,800 pengundi terlibat untuk Parlimen Kinabatangan
  • 36 pusat mengundi dibuka seawal jam 7.30 pagi melibatkan 117 saluran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!