Pelajar UiTM ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi

Seorang pelajar UiTM Cawangan Bukit Besi ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi - Foto hiasan
Seorang pelajar UiTM Cawangan Bukit Besi ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi - Foto hiasan
A
A
A

DUNGUN - Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Bukit Besi ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah, Mohd Rezuan Adnan berkata, mangsa, Amirul Danish Zamri, 19, dari Kampung Seberang Pintasan, di sini lemas ketika melakukan aktiviti riadah dan mandi di kawasan air terjun itu bersama-sama sembilan lagi rakannya pada jam11.10 pagi.

"Sebanyak 10 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Al Muktafi Billah Shah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.18 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu dibantu oleh dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu ditemukan di dasar tasik air terjun sedalam tujuh meter oleh pasukan operasi terbabit pada 12.42 tengah hari.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Dungun untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar UiTM Cawangan Bukit Besi ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi
  • Mangsa, Amirul Danish Zamri, berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Seberang Pintasan
  • Kejadian berlaku ketika mangsa bersama sembilan rakan melakukan aktiviti riadah dan mandi di air terjun pada pagi itu
  • Sepuluh anggota bomba dan penyelamat bersama dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat
  • Mayat mangsa ditemukan di dasar tasik air terjun sedalam tujuh meter dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!