[VIDEO] PRK Kinabatangan, Lamag: Peratusan keluar mengundi kurang banding PRN, pengundi mungkin tak balik - SPR

A
A
A

KINABATANGAN - Peratus pengundi membuang undi setakat jam 11 pagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag masing-masing sebanyak 33 peratus dan 30 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rekod bagi peratusan yang keluar sedikit rendah untuk DUN Lamag berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

No Image Caption

"Jumlah peratusan keluar mengundi bagi Parlimen Kinabangan adalah 33 peratus, di DUN Lamag 30 peratus berbanding PRN, 37 peratus.

"Kalau kita tengok pada keadaan tersebut, keadaan keluar mengundi agak rendah berbanding PRN. Jadi, saya berharap pengundi dapat keluar mengundi seramai mungkin," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam, di sini pada Sabtu.

Ditanya faktor kurangnya peratusan keluar mengundi kali ini, beliau menjangkakan ia mungkin disebabkan jarak tempoh mengundi pada PRN lalu terlalu dekat atau baru lagi.

"Satu, kalau kita tengok, kebiasaannya PRK memang begitu ataupun mungkin juga saya mengandaikan kerana PRN terlalu dekat. Mungkin ada pengundi yang berada di luar mungkin tak balik.

"Tapi kita masih lagi berharap supaya pengundi mengambil kesempatan pada setelah petang untuk keluar mengundi," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Kadar pengundian untuk PRK Kinabatangan dan DUN Lamag masing-masing 33 peratus dan 30 peratus setakat jam 11 pagi
  • Rekod peratusan keluar mengundi untuk DUN Lamag rendah berbanding Pilihan Raya Negeri Sabah yang lepas
  • Peratusan pengundian semasa PRN adalah 37 peratus
  • Faktor kurangnya peratusan keluar mengundi mungkin disebabkan jarak tempoh mengundi yang terlalu dekat dengan PRN lalu
  • Pengerusi SPR berharap lebih ramai pengundi akan keluar mengundi selepas petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!