PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi

Mohd Kurniawan Naim (kiri) dan Goldam Hamid selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Mohd Kurniawan Naim (kiri) dan Goldam Hamid selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
A
A
A

KINABATANGAN - Dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing, setakat 9 pagi ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bilit pada jam 8.51 pagi dan selesai mengundi pada 8.58 pagi.

Sementara itu, calon Bebas Goldam Hamid pula melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Minusoh pada jam 8.54 pagi.

Pusat pengundian bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dibuka serentak pada 7.30 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang ini dengan sebahagian daripadanya ditutup secara berperingkat.

Proses pengundian pada pagi ini berlangsung dalam keadaan cuaca baik.

Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam, manakala bagi DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Dua calon telah menunaikan tanggungjawab mengundi di PRK Parlimen Kinabatangan
  • Calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar mengundi di SK Bilit
  • Calon Bebas Goldam Hamid mengundi di SK Minusoh
  • Pusat pengundian dibuka pada 7.30 pagi dan ditutup pada 5.30 petang
  • PRK disebabkan kematian penyandang Datuk Seri Bung Moktar Radin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!